Google Adsense adalah satu jenis pengiklanan yang ditawarkan oleh Syarikat Google. Ia adalah bertujuan untuk menjimatkan kos pengiklanan seorang Advertiser(pihak yang letak iklan mereka). Bermakna iklan ini hanya dapat dilihat oleh pengguna internet yang mencari produk tersebut atau seakan-akan mencari produk tersebut. Jika mana-mana kandungan website yang ada kandungan yang berkaitan dengan produk yang diiklankan oleh mana-mana Advertiser, iklan tersebut akan terpapar pada ruangan iklan Adsense website tersebut jika pemilik website tersebut adalah Publisher(Pihak yang meletakkan ruangan iklan Adsense pada website mereka).
Bermakna iklan cara ni sangat jimat, tapi tanpa kita sedari ia sebenarnya AMAT menguntungkan Google. Let them be...
Mula-mula pergi ke www.google.com/adsense.
Jika anda mahu buat duit dengan adsense, klik Publisher....
Jika anda mahu hantar iklan anda, klik Advertiser....
Saya rekemen pada yang masih baru atau mentah, cukuplah dengan buat duit dengan Adsense, bermakna klik Publisher.
Kemudian tekan daftar.
Sebelum itu, pastikan anda mempunyai website yang professional.
Kalau tiada, memadailah dengan hanya blogger(blogspot) atau wordpress.
Setelah tekan daftar, isi borang pendaftaran tersebut.
Tunggu dalam masa lebih kurang dua hari, Google akan approve atau mengesahkan permohonan adsense kita diterima.
Sekarang tiba masanya untuk buat iklan adsense:
Klik Adsense Setup.
Kepada yang masih baru, saya nasihatkan klik Adsense for content.
Kemudian pilihlah nak jenis iklan macam mana..
Edit warna dan saiz...
Last sekali, copy code dan paste kan kedalam mana-mana ruang website anda.
Setelah selesai belajar cara buat adsense...
Kini tiba masanya untuk tips cipta kekayaan dengan google adsense.
Jika ada orang klik pada iklan adsense anda, anda dapat komisyen. Tak banyak sikit je... Dalam 0.01 SEN..!! Ini bahasa yang mudah difahami...
Pastikan berjuta-juta manusia klik pada link iklan adsense anda setiap bulan...
Google boleh detect kalau anda sendiri klik pada link tersebut banyak kali.
Nak buat macam tu boleh, tapi kesian kat Advertiser kerana mereka perlu membayar beberapa sen jika iklan mereka di klik. Akaun anda akan kena delete oleh Google.
Tips nak bagi ramai orang klik pada iklan adsense anda.
Popularkan blog anda.
Kurangkan flash atau banner yang tidak penting pada blog anda.
Pastikan blog anda cepat untuk loading, mengelakkan pengunjung lari malas nak tunggu lama.
Pastikan Link Adsense tersebut kelihatan seolah-olah bukan iklan dan ia kononnya sebuah link page pada blog atau website anda.
Atau buat cara bijak, dekat satu page website anda tersebut, cuma ada link adsense sahaja..... Kemudian, penuh dengan keyword bertulisan kecil untuk memerangkap Google Search Engine untuk top ranking Google SE(Search Engine).
Inilah penerangan Google Adsense dengan bahasa yang sangat mudah. Harap anda semua faham dan manfaatkan.
*Channel bertujuan supaya kita tahu iklan yang mana satu yang memberi klik yang paling lumayan..
Jika masih tidak faham, boleh tanya...
Ada silap, tolong tegur...
Continue Reading...